FINAL CONCLUSION
~HAZARDOUS
KESIMPULAN...
Setelah menjalankan kerja lapangan selama 3 hari di Kota Tinggi, Johor ini telah menjawab segala persoalan kami mengenai tajuk penyelidikan kami iaitu menkaji kesan banjir terhadap sektor pelancongan di Kota Tinggi.
Melalui soal selidik yang telah dijalankan terhadap para peniaga, para pelancong dan juga penduduk Kampung Kelantan jelas menunjukkan bahawa sektor pelancongan di Kota Tinggi telah pulih sepenuhnya seperti sediakala. Malah kini semakin menunjukkan bilangan pelancong yang datang ke Kota Tinggi semakin meningkat. Namun begitu kesan banjir terhadap seluruh penduduk di sini jelas memberikan kesan yang mendalam serta kenangan pahit yang paling sukar untuk dilupakan.
Sesi temuramah yang telah diadakan kepada pegawai-pegawai hotel sekitar Bandar Kota Tinggi, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Pegawai JKR serta Pegawai Muzium Kota Tinggi telah membantu dalam pencarian sumber primer dan sumber sekunder kami untuk menjalankan kerja lapangan yang berkaitan dengan kajian penyelidikan kami.
Sesi dialog bersama Ketua Kampung bahagian Kota Tinggi